MINGGU 10
(14.11.2018) - RABU
PEMBIAKAN KAEDAH TUT ATAU MARCOT

Pada minggu ini, dalam kelas amali kami semua telah didedahkan dengan pembelajaran pembiakan tanaman dengan menggunakan kaedah tut udara oleh Encik Abang. Sebelum membuat tut pada pokok, terlebih kita perlu memilih pokok yang sesuai yang mempunyai batang yang keras.
Antara kelebihan pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah ini ialah dapat mengekalkan spesis baka asal pokok yang diinginkan. Selain itu, pokok yang terhasil daripada kaedah ini juga akan lebih tahan daripada penyakit.
CARA-CARANYA
Sebelum membuat pembiakan kaedah tut atau markot, kita haruslah meyediakan peralatan dan bahan yang sesuai. Antaranya,
Pisau
Tali
Plastik jernih
Penggalak akar
Tanah
Coco peat
Baja organik
Jiffy palette

Langkah 1
Sediakan medium penanaman iaitu 1:1:1 (1 tanah : 1 baja organik : 1 coco peat). Medium hendaklah dilembapkan menggunakan air dan dikepalkan untuk membentuk bulat.

Langkah 2
Pilih dahan pokok yang sihat untuk melakukan kaedah ini
Kelarkan bahagian dahan pokok induk di bahadian bawah mata tunas sepanjang 3cm dengan menggunakan pisau.

Langkah 3
Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
Sapukan hormon penggalak akar pada kawasan kelaran.

Langkah 4
Letakkan medium yang telak dikepal di bahagian kelaran dan membentuk bulat.
Balut medium dengan menggunakan plastik jernih.
Ikat plastik dengan menggunakan tali.
Selepas 1-2 bulan tut akan mengeluarkan akar dan bahagian tersebut bolehlah dipotong dan ditanam seperti biasa.
*Pembiakan tut ini tidak boleh dilakukan pada semua jenis pokok, kebanyakkan pokok yang boleh dilakukan pembiakan cara tut ada pokok buah-buahan dan beberapa tanaman hiasan. Antara pokok yang boleh dilakukan Tut ada lah durian, pokok jambu, pulasan dan banyak lagi.
*Kini cara mudah untuk membuat tut adalah dengan menggunakan jiffy palette.