top of page

MINGGU 5

(10.10.2018) - RABU

PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Percambahan

Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benihspora atau benda lain.

Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji, embrio dan kotiledon.

800px-Sunflower_seedlings.jpg

Keperluan percambahan

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Boleh rujuk nota bagi perbezaan antara tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.

biji benih monokotiledon dan dikotiledon

Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih

bab-4-62-638.jpg

Langkah Percambahan

Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri. apabila daun baharu mulai tumbuh.

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. 

percambahan biji benih.jpg

Struktur Biji Benih

Struktur biji benih berserta label.

l.jpg

Embrio

Dalam ilmu botani, embrio bagi tumbuhan berbenih ialah sebahagian benihnya yang terdiri daripada tisu-tisu pendahulu untuk daun, batang (lihat hipokotil), dan akar (lihat radikel), di samping juga kotiledon. Apabila embrio ini mula bercambah, iaitu tumbuh keluar dari benih, ia dipanggil kecambah. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berbenih tetapi tetap menghasilkan embrio, seperti briofit dan paku-pakis. Bagi tumbuh-tumbuhan sedemikian, embrio merupakan anak tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan tertempel pada gametofit induk.

'bnnn.png
Minggu 5: News

©2018 by propagation and plant manegement. Proudly created with Wix.com

bottom of page