Minggu 327 SEPTEMBER 2018
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Minggu ini merupakan minggu ke-3 dalam proses pembelajaran kami untuk menambah ilmu untuk bertani dan pembiakan tanaman. Fokus kami pada minggu ini berkaitan ujikaji terhadap tanah untuk mengetahui peratus kesesuaian tanah untuk benih kami.

Jadi sebelum mulakan experiment,,, kami diberi taklimat berkaitan makmal. kami dinasihatkan seeloknya memakai baju lab (putih) atau apron untuk elakkan baju kotor dan terkena bahan kimia. Kasut disusun diluar kelas dan memakai stoking masuk ke dalam lab. Pengajar memberi pesanan dan menerangkan berkaitan radas, dan nama2 radas. Radas perlu dibersihkan dan di lap kering sebelum disimpan. Kebanyakkan alat dalam makmal adalah jenis kaca. Dan kami diajar cara penggunaan radas. Peti kecemasan dan alat pemadam api juga disediakan di dalam makmal. Tong sampah kuning di dalam makmal hanya untuk sampah pepejal, sinki pulak perlu sentiasa dalam keadaaan bersih dah tidak tersumbat.
Pelajar diingatkan untuk selalu mematuhi peraturan keselamatan seperti memakai sarung tangan dan penutup mulut. Elak baju terkena bahan kimia dan kotor. Juga jika pelajar pinjam barang untuk bawa pulang, dan jika ada radas yang pecah, segera beritahu pengajar.
Seperti minggu2 lepas, Setelah selesai membuat batas yang betul.Seterusnya kita menguruskan semaian tanaman.
Dan pada minggu ini kami berada di makmal, semua kumpulan membawa beg plastik sederhana yang diisi tanah dari batas kumpulan masing2. Apa kami buat pada minggu ini adalah ujikaji pada tanah
Selalunya, seorang petani akan uji tanah terlebih dahulu sebelum menanam pokok kerana:
-Sifat fizikal
Kita boleh lihat dan rasa tanah
Warna tanah coklat pelat seperti milo adalah tanah yang sesuai untuk tanaman.
- Tekstur tanah
Rasa – kandungan peratus partikel pasir, kelodak dan liat(yang ada dalam tanah)
Kaji berapa peratus air yang serap dimuka bumi.
Tanah yang ideal adalah Tanah Loam (iaitu caampuran kelodak, pair, dan tanah)
Tanah Loam lembut dan berderai.
- Struktur
Susunan tanah tersusun secara semulajadi.
Jika hujan. Tanah yang tidak tersusun akan menyebabkan air bertakung dan menjadi punca benih lemas lalu mati.

Eksperimen 1
Tajuk: Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Mendapan
Bahan Dan Alatan: Sampel tanah dan baling gas
Langkah-Langkah:
40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam baling gas.
Air dimasukan ke dalam baling gas sehingga tiga perempat penuh.
Mulut baling gas ditutup menggunakan penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
Balang gas diletakkan di atas meja semalaman(24 jam) tanpa gangguan.
Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur dan dicatatkan dalam jadual.
Peratusan pisahan tanah dihitung
Kelas tekstur tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem Atterberg.
Keputusan: ketinggian keseluruhan pisahan
(BATAS 11)
PISAHAN PERATUS
Pasir 70.59
Kelodak 26.47
Tanah liat 2.94
(BATAS 13)
PISAHAN PERATUS
Pasir 17.85
Kelodak 39.28
Tanah liat 17.85
Kesimpulan:
(batas 11)
Kesimpulannya, tanah batas 11 mengandungi pasir yang berkuantiti lebih banyak berbanding kelodak dan tanah liat.
(batas 13)
Tekstur tanah dapat dikenal pasti melalui cara pemerhatian hasil mendapan tanah.
Penilaian:
(batas 11)
1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
Kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan kerana kaedah ini lebih tepat iaitu mengira peratusan setiap pisahan dalam tanah yang saya kaji.
2. Apakah ralat- ralat yang mungkin wujud?
Ralat yang mungkin wujud ialah ketepatan dalam melihat ketinggian pisahan.
(batas 13)
1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
Ya, kerana kita dapat melihat hasil eksperimen dengan jelas dan dapat di ukur.
2. Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
Ralat boleh wujud apabila hasil goncangan campuran tanah tidak pecah dan di akhir pemerhatian hasil mendapan tanah tidak sekata.

EKSPERIMEN 2
Tajuk: Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
Bahan dan alatan: sampel tanah dan air
Langkah-langkah:
1. Lebih kurang 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm) diambil.
2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3. Tanah tersebut dibentuk menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang
Pemerhatian:
(batas 11)
Rod dapat dibentuk
Bebola dapat dibentuk
Rod membentuk U tetapi retak-retak
Gelang yang retak-retak
Gelang dapat dibentuk retak-retak
(batas 13)
Rod dapat dibentuk
Bebola dapat dibentuk
Gelang yang beretak-retak dapat dibentuk
Gelang tidak dapat dibentuk
Rod berbentuk U tetapi tidak berbentuk gelang
Kesimpulan:
(batas 11)
Kesimpulannya, saya dapati tanah saya berwarna coklat gelap, sedikit keras dan boleh dibentuk walaupun banyak keretakan. Tanah saya juga berstruktur kesat dan berpasir.
(batas 13)
Mengetahui jenis tanah melalui sentuhan dan pemerhatian hasil eksperimen.
Penilaian:
(batas 11)
1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
Kaedah ini adalah tepat kerana ia dapat membantu saya mengetahui tekstur tanah yang telah saya gemburkan dan beri baja.
2. Mengapakah kaedah ini digunakan?
Kaedah ini digunakan untuk mengkaji tekstur tanah dengan tepat dan betul.
(batas 13)
1. Adakah kaedah ini tepat?
Tidak, kerana hasil eksperimen tidak lebih saintifik dan tidak dapat diukur atau dikira dengan tepat.
2. Mengapakah kaedah ini digunakan?
Kaedah ini digunakan kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Eksperimen 3
Tajuk: Membandingkan kadar Pengaliran Air Menerusi Tanah
Bahan Dan Alatan: Sampel tanah dari batas 1-15, air suling dan gentian kaca.
Langkah-langkah:
1. Sampel-sampel tanah dikeringkan selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah diatas kertas bersih di satu sudut makmal.
2. Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Langkah keselamatan:Awas jangan ambil gentian kaca dengan jari.
3. Sampel tanah diletakkan diatas gentian kaca di dalam corong turas.
4. Sampel 50 ml air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.
5. Pada masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 5 minit.
6. Isipadu air yang tinggal dicatat.
7. Kemudian, tanah tersebut digunakan untuk menentutkan ph tanah.
8. Masukkan ph meter manual ke dalam tanah yang berada di dalam corong turas kemudian catat bacaan meter.
8. Bacaan dicatat dalam jadual yang berikut:
Keputusan:
Selepas 5 Minit
Batas Isipadu Air Nilai PH Jenis tanah
1 39.5 5.0 loam
2 40.2 5.0 Sandy clay loam
3 39.5 4.8 Sandy loam
4 42.2 6.5 Sandy clay loam
5 40 5.3 Sandy loam
6 38 6.2 Sandy loam
7 39 5.2 Sandy loam
8 39 5.5 Sandy loam
9 39 5.8 Sandy loam
10 34 5.2 Sandy loam
11 40 5.2 Sandy clay loam
12 31 5.2 Sandy loam
13 42.5 5.2 Clay
14 39 4.8 Sandy loam
15 43 4.4 Sandy loam
Kesimpulan:
(batas 11)
Saya dapat menyimpulkan bahawa kaedah mendapan dan segi tiga tekstur tanah dapat digunakan untuk menentukan tekstur tanah.
(BATAS 13)
Mengenal pasti struktur pembenaran air di dalam tanah melalui kadar pengaliran air.
Penilaian:
(BATAS 11)
a) Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
Kerana kertas turas yang bersifat nipis dan mudah koyak tidak dapat menampung berat sampel tanah.
b) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
Sampel 15 ialah sampel tanah yang membenarkan air mengalir paling banyak.
c) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
Sampel 12 ialah sampel yang pengaliran airnya paling lambat.
d) Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
Sampel 5 dan 11 mempunyai saliran yang baik.
e) Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya.
Tanah yang saya akan pilih ialah batas 4 kerana ph tanahnya adalah yang paling stabil.
(BATAS 13)
a) Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
Kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.
b) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
Tanah berpasir.
c) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
Tanah liat.
d) Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
Tanah loam
e) Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya.
Saya akan memilih tanah loam kerana tanah ini sangat disukai oleh para pekebun dan jenis tanah yang mempunyai kandungan hampir sama di antara tanah lampung, endapan dan pasir berserta humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai PH yang tinggi dan kandungan kalsium. Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik yakni bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.
