Minggu 1
12.09.2018 - Rabu
Minggu ini adalah minggu pertama kelas dan kami diberi pendedahan awal mengenai subjek ini iaitu pembiakan dan pengurusan tanaman. Pada minggu ini kami diajar mengenai peraturan di dalam ladang dan bagaimana untuk membaik pulih tanah.

Peraturan Semasa Di Ladang
Masuk ke kawasan ladang dengan pengetahuan Dr ataupun pembantu yang berada di ladang. Peraturan untuk kami masuk ke ladang untuk menjaga tanaman kami tidak terhad masanya, jika kami ingin masuk ke ladang atau ingin menggunakan peralatan di ladang, kami boleh membuka mangga kunci tersebut menggunakan kata laluan nombor yang telah diberikan.
Pakaian pula, bertshirt dan berseluar tracksuit. Adalah digalakkan untuk bertopi, bersarung tangan dan berkasut getah. Semasa di ladang kita mestilah menggunakan pakaian yang bersesuaian dan menggunakan peralatan keselamatan agar dapat melindungi kita, jika terjadi kemalangan.
Ketika berada di ladang mesin, alatan dan bahan mestilah digunakan dengan kaedah yang betul dan mengikut kaedah yang ditetapkan.
Alatan tangan dan bahan yang tidak digunakan lagi hendaklah disimpankan didalam stor alat tangan dan stor bahan. Ia juga mesti disusun dan diletakkan di tempat yang bersesuian.
Bergurau ketika berada di ladang haruslah dielakkan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak disengaja.
Sebarang kerosakan alat dan mesin boleh dilaporkan kepada pembantu ladang ataupun pensyarah.
Pelajar perlu sentiasa menjaga tempat tanaman setiap kumpulan dan tidak meletakkan barang bersepah, jika perkara tersebut dilakukan, setiap kumpulan akan ditolak markah.

Peralatan Yang Diperlukan Di Ladang Untuk Membaik Pulih Tanah
Cangkul, Pungkis, Pita Ukur, Penukul, Pisau, Tali Rafia, Mesin Penggembur Tanah &Â Paku.

Langkah-Langkah Membaik Pulih Tanah
Selepas mendengar penerangan mengenai peraturan di ladang, kami diberi tanah kepada setiap kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 2 orang. Setiap kempulan diberi tanah 10 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kami menggunakan pita ukur untuk membuat pengiraan saiz setiap petak kepada semua kumpulan. Selepas itu, kami melilit petak tersebut menggunakan 4 batang kayu yang diketuk di setiap penjuru dan lalu di ikat dengan tali rafia. Kami menggunakan pisau untuk memotong tali rafia tersebut.
Seterusnya kami membuang rumpai di atas tanah tersebut menggunakan cangkul dan menggangkat sisa tumbuhan tersebut menggunakan pungkis ke tempat pembuangan. Kumpulan kami menggunakan mesin pengembur tanah kerana tanah kami adalah kawasan tanaman baru yang berdekatan dengan tasik. Tanah tersebut adalah tanah tambak, jadi struktur tanahnya lebih keras daripada tanah kumpulan yang lain.
​
Akhir sekali, kami membuat batas agar tanaman yang kami tanam tidak tenggelam dan selepas itu kami menggunaka kayu yang telah dugunakan untuk membuat kotak mengelilingi batas tersebut.
