Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam UTM sanjungan bangsa,
Minggu 7
24 Oktober 2018
Pada minggu ini (minggu 7) kami membuat amali diladang untuk membuat cantuman baji dan menanam kaedah bebawang. Sebelum amali dimulakan, Pn. Salina telah memberi pesanan untuk membawa bebawang pokok “spider lily” pada minggu ini. kami membuat dua amali sekaligus.
Amali 1 : cantuman baji
Pembiakan secara aseksual mempunyai banyak kaedahnya. Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat cantuman baji dan penanaman secara aseksual iaitu tanaman secara pembiakan rizom,umbisi, bebawang, stolan dan rumpun. dan kami Berkesempatan untuk membuat amali cara penanaman bebawang.
Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya hanya menjadi satu pokok.
Peralatan yang diperlukan:
Pisau lipat
Parafilm
Plastik
Tali raffia
Kami perlu mengikut syarat dalam melaksanakan kaedah ini. Antaranya seperti berikut :
1. Pokok hendaklah dari spesies yang sama walaupun berlainan warna atau jenis daunnya. Contohnya, sekiranya pokok kertas dengan pokok kertas yang berlainan warnanya tetapi sama spesienya boleh digabungkan/dibuat cantuman ini.
2. Saiz kelebaran pada pokok hendaklah dalam ukuran 1cm diameternya kena sama dengan cantuman pokok yang hendaklah sama juga (cantuman)

cara melakukan cantuman baji:
1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda yang hendak dicantumkan pada pokok asal.
2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
* Bahagian cantuman ini akan tumbuh sebagai ranting baharu.
3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm/10mm panjang.
4. pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
5. sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu. Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.
Kesimpulan:
Pembiakan tampang secara cantuman baji dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga menjimatkan kos jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan penyakit