MINGGU 2
19 SEPTEMBER 2018, RABU
Pada minggu kedua, kami memulakan aktiviti pengemasan batas, membaja, menyemai benih, sungkupan dan siraman.


Pengemasan Batas
Kayu penghadang yang digunakan untuk mengelilingi batas dicat menggunakan chalet bagi mengelakkan kayu dimakan oleh anai- anai. Hal ini sekaligus dapat memastikan kayu penghadang tidak mudah reput.Â
Penghadang ini juga bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada lari dari kedudukan asal.
.png)

.png)
Pembajaan Tanah
Seterusnya, kami melakukan aktiviti pembajaan tanah. Dengan menggunakan sebaldi baja, kami menuangkan sedikit demi sedikit baja tersebut diatas batas yang telah dibuat. Kemudian, baja digaulkan dengan tanah menggunakan cangkul. Selepas digaulkan tanah diratakan.
Baja ialah bahan yang dicampurkan kedalam media tanaman bagi membekalkan zat pemakanan
kepada tumbuhan. Baja yang kami gunakan ialah baja organik Mas Hitam 5 dalam 1 Sarjani. Selepas pembajaan dilakukan, tanah perlu dibiar selama 2 hari. Kemudian, aktiviti penyemaian benih dijalankan.
​
Baja Organik Mas Hitam 5 dalam 1 dimana ianya sangat bagus untuk semaian pelbagai jenis tumbuhan. Didalamnya terdapat 5 elemen yang berlainan iaitu:
- Tanah Top Soil Gred AAA yang sangat bagus dan terbaik untuk semaian bunga, buah, sayur dan lain2
- Sekam bakar
- Sabut kelapa halus
- Baja Mas Hitam
- Teknologi E.M (Effective Microb)/ mikrob baik
​


Tujuan Pembajaan Baja Organik
1) Meningkatkan nutrien tanah
2) Memperbaiki ciri- ciri tanah
3) Jimat dan mesra alam
4) Meningkatkan kegiatan mikrob
​
.jpg)
.jpg)
Membuat Alur
Kaedah penanaman yang kami gunakan ialah penanaman secara alur. Alur dibuat bertujuan untuk memastikan jarak antara pokok adalah sesuai. Jarak yang sesuai dapat memastikan sayuran tumbuh subur kerana kurang persaingan ruang, makanan, dan air. Batas yang telah dibuat dibahagikan kepada 4 bahagian untuk membuat alur. Kedalaman alur adalah 4 kali ganda saiz biji benih.
​




Penyemaian Benih
2 hari selepas kami mencampurkan baja pada tanah, aktiviti penyemaian benih dilakukan pada waktu pagi. Ini bertujuan untuk mengelakkan cahaya matahari yang terik daripada merosakkan benih yang bersifat sangat sensitif.
Benih yang digunakan ialah benih sayur Sawi Putih dan Bayam Hijau Bulat. Untuk memastikan benih disemai pada jarak yang sesuai penjarangan dilakukan dengan menggunakan kaedah mencampurkan benih dengan pasir. Nisbah campuran adalah sama dengan 1 benih : 10 pasir.
​



Memasang Sungkupan
Selepas menanam biji benih, kami membuat sungkupan.
SUNGKUPAN
1.1 Definisi dan pengertian sungkupan
§ Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah berhampiran pangkal tanaman.
§ Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.
1.2 Jenis-jenis sungkupan
Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam alam pertanian temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah;
i. Sungkupan batas
ii. Sungkupan pangkal pokok
iii. Sungkupan tebing
iv. Sungkupan alas polibeg
Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:
1. Daripada tumbuhan
a) Rumput-rumput kering
b) Dedaun lalang
c) Jerami padi
d) Dedaun kayu
e) Pelepah daun kelapa, sawit dan palma
2.
Daripada bahan pembalut terpakai
a) Guni
b) Kertas
c) Plastik
d) Kain
3. Kompos separa reput
4. Jejaring semaian
5. Plastik 'silvershine'
1.3 Tujuan sungkupan
Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman ialah :
i. Mengawal pertumbuhan rumpai
ii. Mengurangkan hakisan
iii. Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada dihanyutkan air.
iv. Memelihara kelembapan tanah
v. Merendahkan suhu tanah
vi. Mengelakkan kepadatan tanah
vii. Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reput
viii. Plastik 'silvershine' menghindar serangga perosak seperti kutu dan trips



Menyiram Pokok
Selepas membuat sungkupan, kami menyiram batas kami untuk membekalkan air yang mencukupi bagi tumbesaran tanaman kami.
​
Siram adalah merupakan langkah penyenggaraan yang paling utama dalam penjagaan pokok. Menyiram pokok selalunya dilakukan setiap hari. Dalam sehari dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang.
​
Tujuan menyiram pokok adalah untuk memberi bekalan sumber air pada pokok. Memberi kesegaram pada pokok untuk terus hidup.
​
Pelbagai kaedah penyiraman yang digunakan untuk menyiram pokok. Antaranya adalah mengunakan:
Hos Getah
Tong Penyiram
Penyiraman titisan
Penyiraman pancutan
Penyiraman kabus
​
​
Selalunya orang memandang ringan dalam menyiram pokok. Untuk mendapat pokok yang sihat dan segar. kita mestilah menyiramnya dengan kuantiti yang cukup.
​
Petuanya : Siram sehingga lembab
Apakah yang dimaksudkan dengan siram sehingga lembab, maksudnya ialah menyiram pokok sehingga dapati keseluruhan tanah basah dan air telah keluar dari bawah pasu. Apabila kita telah melihat air sudah keluar daripada pasu itu, maka anda bolehlah berhenti menyiram.
🌲Siram sehingga lembab🌲
​
Peralatan yang digunakan untuk menyiram selalunya di rumah menggunakan tong penyiram.Pelbagai bentuk tong penyiraman yang digunakan untuk menyiram pokok. Apabila menyiram dengan mengggunakan tong penyiram pastikan tong penyiram itu mempunyai muncung yang berlubang halus. Air yang keluar dari muncung dalam percikan halus.
💦Tong Penyiram 💦
Satu kesalahan yang selalu dilakukan menyiram tanpa mengunakan muncung berlubang halus. Air yang keluar sangat laju dan banyak. Ini akan menyebabkan
Tanah akan berlubang,
Pembaziran air
Nutrien-nutrien yang berada dalam tanah akan hilang dengan cepat
Tanah terlalu lembab
Tanah berlumut
Pokok akan mati disebabkan reput akar kerana tanah terlalu lembab
​
​