MINGGU 8
Pohon suasa indahnya kamil,
Ingin dihampiri si cerdik burung,
Tibalah masa menuai hasil,
Dijual saudari mengintai untung.
Setelah lama menjaga dan menanti hasilnya, minggu ini telahpun sampai ke minggu yang dinantikan kehadirannya, iaitu penuaian hasil. Sayur- sayuran yang saiznya sudah cukup besar dituai bagi mendapatkan hasilnya.
Penuaian
24 Oktober 2018
Minggu ini merupakan minggu yang mengujakan bagi kami. Hal ini kerana, sayur- sayuran
OPERASI TUAIAN
1. Masa - Sebaik-baiknya penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.
2. Bekas sayuran- Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pelajar ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur. Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.
​

Pengumpulan
24 Oktober 2018
Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan. Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu. Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu. Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Mencuci tanah pada akar
24 Oktober 2018
Seterusnya, tanah yang melekat pada akar dicuci. Kami berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan rakan- rakan ketika melakukan kerja- kerja pembersihan. Walaupun, terdapat sebilangan pelajar yang bermain air ketika pembersihan tetapi kerja- kerja dapat dilakukan dengan lancar. Air bersih dari paip berhampiran digunakan untuk melakukan kerja pembersihan. Tanah dibuang di bahagian luar rumah hijau. Sayur- sayuran yang rosak dibuang di dalam baldi yang disediakan.

Pembungkusan
24 Oktober 2018
Pembungkusan yang dilakukan di ladang juga haruslah dilakukan dengan selamat. Pemilihan jenis pembungkus juga memainkan peranan penting dalam mengawal kerosakan pada hasil tanaman. Pemilihan pembungkus yang tahan lasak haruslah digunakan bagi mengurangkan kerosakan pada hasil tanaman semasa pengangkutan dari ladang ke rumah hasil dengan menggunakan lori. Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air sekaligus mengekalkan kualiti hasil tanaman.
​
Aktiviti pembungkusan bagi diedarkan ke pasaran yang dilakukan haruslah di kawasan yang teduh.
​

Pembungkusan Dan Pelabelan
24 Oktober
Kerja- kerja pembungkusan dimulakan dengan memilih bahagian daun sayur yang segar dan membuang bahagian sayur yang rosak.
​
Kemudian, sayur ditimbang mengikut berat yang diingankan iaitu 200 g.
​
Selepas ditimbang dan mencapai berat 200g, sayur dibungkus dengan menggunakan plastik yang telah disediakan. Plastik pembungkus adalah bersifat lutsinar agar sayur dapat dilihat.
​
Langkah terakhir pembungkusan ialah melabel. Label yang diberikan oleh Dr. Husna ditampal pada bungkusan sayuran.

Penjualan
24 Oktober 2018
Selanjutnya ialah penjualan dan pemasaran sayuran.
​
Sayuran dijual pada warga UTM dengan menaiki kereta. Beberapa orang pelajar di tugaskan untuk menjual sayuran tersebut.
​
Alhamdulillah,
Kami berjaya menjual sebanyak 30. 2 kg sayuran.
Dengan jumlah kerosakan sayur sebanyak 7 kg.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan- rakan saya kerana dapat sama- sama bekerjasama untuk menjayakan proses penjualan sayur pada hari ini.

Menanam Jagung
25 Oktober 2018
Keesokan harinya, kami diarahkan untuk menanam jagung.
30 biji benih jagung diagihkan kepda setiap batas.
Kami memulakan proses penanaman biji benih jagung dengan menggemburkan tanah.
​
Selepas penggemburan dilakukan, biji benih ditanam dengan jarak 1 1/2 jengkal. Kemudian, kami tndakan dengan menggunakan daun.
​
Biji benih ditanam secara zig zag untuk memastikan jarak yang sesuai antara pokok jagung.
​
Selepas siap menanam biji benih jagung sebanyak 30 biji, kami melakukan sungkupan pada batas kami untuk mengelakkan pancaran matahari secara terus kepada anak pokok jagung yang akan tumbuh.
​
Akhir sekali, siraman dilakukan dengan menggunakan tong siraman. Siraman perlulah tidak dengan kelajuan air yang tinggi ataupun dengan kuantiti yang terlalu banyak.