Menguji Kehadiran Kanji Dalam Daun
Bagi pengajaran dan pembelajaran fotosintesis, kami telah membuat aktiviti eksperimen bagi menguji kehadiran kanji sebagai bukti fotosintesis berlaku.
Menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan/ dedaun hijau.
Tujuan
Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun sebagai bukti fotosintesis telah berlaku.
Bahan
Daun hijau, alkohol, larutan iodin, air suling
Radas
Penunu Bunsen, Tungku kaki tiga, kasa dawai, bikar 500ml, tabung uji, penitis, forsep
Prosedur
1. Pelajar mengambil daun berwarna hijau yang terdedah kepada cahaya matahari.
2. Pelajar kemudiannya menyediakan peralatan untuk mendidihkan air.
3. Daun hijau tadi direbus selama 5 minit dalam air mendidih (untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel daun)
​
4. Daun yang telah lembut tadi dimasukkan ke dalam tabung uji berisi alkohol.
5. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam di dalam bikar berisi air panas (untuk menyingkirkan klorofil daun)
​
6. Daun yang telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air suling (untuk melembutkannya semula)
7. Daun itu seterusnya diletakkan atas jubin putih.
8. Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun (untuk mengesan kehadiran kanji)
Kesimpulan
Bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada biru tua.
Kesimpulan
Kanji hadir dalam daun sekaligus membuktikan fotosintesis telah berlaku.