Minggu 4
(3.10.2018)
Sinar megah berlian meriah,
Hiasan puteri turun- temurun,
Minggu yang indah membawa tuah,
Menyantun rapi si hijau daun.
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita telah sampai ke minggu 4. Syukur nikmat kerana diberikan kekuatan untuk mendalami dunia tanaman.Â
Pada minggu ini kami meneruskan aktiviti kami dengan membuka sungkupan, merumpai dan menanam menggunakan kaedah keratan batang.

Merumpai
Penyenggaraan membuang rumput yang tidak diperlukan , perlu dilakukan sebulan 2 kali atau lebih. Penyenggaraan ini penting untuk menghindarkan pokok daripada mendapat persaingan tumbuhan-tumbuhan lain untuk merebut udara, air dan makanan.
Apabila berlaku persaingan ini menyebabkan pokok yang lemah akan kekurangan udara, air dan makanan akan menyebabkan pokok kurang sihat.
Dengan membuang rumput di keliling pokok akan dapat menghindar dari pesaingan.
Bersihkan keliling pokok dari rumput dan tumbuhan yang tidak digunakan.
Membuang rumput selain dapat mengurangkan persaingan merebut makanan air dan udara, dari segi pemandangan kita nampak cantik dan bersih.

Pembiakan Tumbuhan
Pembiakan adalah satu proses di mana organisma menambah dari segi bilangan individu dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuh-tumbuhan akan membiak untuk memastikan kesinambungan keturunan. Ia juga meyediakan sumber makanan kepada manusia serta haiwan dan memastikan sumber asli tidak kehabisan. Tumbuhan membiak melalui enam kaedah :
Biji Benih cth: Jagung, cili dan bendi
Spora cth: Paku- pakis, lumut dan kulat
Daun cth: Pokok setawar, pokok tapak itik dan pokok begonia
Keratan Batang cth: tebu dan ubi kayu
Batang Bawah Tanah cth: bawang dan halia
Sulur cth: buluh dan keladi

Pembiakan Tampang (keratan batang)
Pembiakan Secara Keratan Batang
merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
pokok puding
pokok bunga kerttas
pokok bunga raya
​
Menyediakan Medium Semaian
medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
​
Jenis Keratan Batang
terdapat 3 jenis, iaitu;
keratan kayu lembut
keratan kayu sederhana keras
keratan kayu keras
pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
​
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
keratan kayu lembut —— jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati (coleus)
keratan kayu sederhana lembut —- bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
keratan kayu keras —— pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
​
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.

Keratan Batang
Bahan dan Peralatan:
pokok bunga raya, pokok jati laut
penggalak akar (IBA - indole buric acid)
medium tanah (1 peat moist: 1tanah atas)
poli beg
gunting
sudip tangan
IBA -Indole Buric Acid
IBA berfungsi dalam pembentukan akar.
Penggalak akar ada 3 jenis (1,2 dan 3)...1 untuk kayu lembut...2 untuk sedehana keras dan yang ke3 untuk kayu jenis keras.
​
​
Langkah- Langkah :
​
Medium tanah 1 peat moist: 1 tanah atas digaul.
Bahagian bawah poli beg dilipat.
Medium tanah dimasukkan ke dalam 5 poli beg berasingan hingga medium mencapai 2/3 poli beg dan mampatkan.
Batang pokok dipotong menjadi 5 keratan berukuran 15 cm dengan hujung keratan dipotong secara serong.
Hujung keratan dicelupkan ke dalam cecair penggalak akar.
Buat lubang kecil pada medium dan masukkan keratan batang.
Penuhkan poli beg dengan medium hingga 3/4 poli beg dan mampatkan.
Tagkan poli beg.
Siram tanaman dengan air paip.
5 poli beg yang telah ditanamkan keratan batang diletakkan di dalam rumah hijau.
​
​

Pohon Pohon Cinta Kami

Membuka Sungkupan pada Batas
Tugasan terakhir kami pada minggu ini ialah, kami di arahkan untuk membuka setiap sungkupan yang di letakkan di atas batas masing-masing. Pada mulanya sungkupan itu dibuat adalah untuk mengelakan daripada hujan terkena terus kepada biji benih yang akan menyebabkan biji benih yang disemai hilang kerana air hujan tersebut. Sungkupan pada batas perlu dibuka apabila biji benih yang telah disemai menampakan daun masing masing. Sungkupan ini pula perlu dibukak ketika daun mula bercambah kerana untuk mengelakkan pokok yang sisemai terkena pada sungkupan dan akan menyebabkan pokok tersebut bantut atau mati.